BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 5 May 2011

Rijau The Return 3 X Winner

Pada 1/5 yang lalu, tanpa di rancang.... rakan dari melaka datang ke rumah membawa 2 ekor ayam yg siap sedia untuk disabung... Malang ke-2 nya punyai taji yg panjang hampir 1 inci... Kerana tidak mau menghampakan rakan yg datang jauh, sy mengeluarkan Rijau yg baru 2 hari di sparingkan.. dengan persetujuan bersama, Rijau akhirnya bersabung dgn ayam mereka yg dipanggil Sitam.

Rijau : lebih besar, tinggi & tebal tetapi taji hanya 1/2 inci (10)
Sitam: lebih kecil, rendah tetapi taji 1 inci (8)..


Ringkasan Perlawanan (15 min):


2 min pertama, Rijau menyepak hingga patah kepak kiri Sitam


Min 2 - 10 - peluang kemenangan 50-50 (Rijau seperti tiada tenaga sbb baru 2 hari sparing)

- Corak permainan Rijau hampir 35% berbeza dari sblm2nya..

Kali ini Rijau lebih bnyk bermain di bawah..

Min 10- 15 - Rijau punyai peluang kemenangan 85%



Sitam akhir nya mengaku kalah. mula pusingan ke-2, sitam yg kesakitan tidak mahu bersabung lagi...


Di bawah disertakan klips pertandingan Rijau vs Sitam...










Friday 29 April 2011

Rijau The Return

Rijau The Return @ Rijau merupakan batch terakhir dari benih Crown. Berumur genap 1thn namun telah berjaya menewaskan lawan sbnyk 2 kali baru2 ini. Bersaiz C+ dgn berat badan 3.4kg.


Punyai corak permainan sederhana, tetapi pantas membalas berserta pukulan2 yg bahaya... Semangat juang yg tinggi adalah faktor utama kemenangan Rijau baru2 ini dimana terpaksa bertarung kerana lawannya pada masa itu adalah lebih besar dan berumur..

Rijau yang kini telah bersedia sepenuhnya utk dibawa ke gelanggang setelah sebulan direhatkan.Keunikan Rijau kerana boleh mengikut rentak permainan lawan.. Sekiranya corak lawan pantas, Rijau juga akan menjadi lebih pantas dan sentiasa membalas dgn pukulan2 yg besar...


Dibawah, disertakan video Sparing Rijau dlm persediaan utk mencari kemenangan ke 3....



Tuesday 27 April 2010

M3

M3, Ayam sabung dari benih Aceh ini bersaiz C berusia 1thn 6 bulan dan berat 3.2kg merupakan benih terbaik di reban saya. M3 yang telah menang sebanyak 3 X kini direhatkan kerana gugur bulu. M3 warna benih era 80an sememangnya cukup penikam dan cepat menumbangkan lawan.


M3 yang kini 80% siap bulunya dalam proses cuci untuk dibawa ke gelanggang dlm masa 2-3 bulan akan dtg. Mempunyai corak permainan pantas berserta pukulaN2 besar yg mampu menumbangkan lawan.


pandangan kaki M3

Junior

Junior, anak pertama dari benih The Crown cross ibu rinting. Usia 11 bulan, bersaiz C, berat 3.0kg.
Junior mempunyai corak permainan pukul curi, permainan "Lau" sungguh menakjubkan. Pukulan2 curi yang cukup kuat serta berlari sememangnya memenatkan pihak lawan. hinggakan mati jalan dibuatnya.





Junior yang kini dalam proses persediaan untuk dibawa bertarung (anak muda). Dari corak permainan yang ditunjukkan, Junior mempunyai peluang untuk meraih peluang pertama nya dlm masa terdekat ini.

pandangan kaki junior

Friday 19 March 2010

Tunggal

Tunggal nama di beri kerana cuma ianya seekor yang Jantan...Ayam muda berumur 10 bulan, bersaiz C-B berat 3kg. benih dari Johor ini merupakan Baka terbaik masa kini.


Permainannya sungguh menakjubkan...mempunyai pukulan2 yg besar, pantas serta buah short jatuh yang jarang ditemui. Terbukti beberapa kali ketika sparring dgn benih2 lain di reban saya. Ayam kacukan Saigon ini agak lambat matangnya tetapi berbaloi menunggu kerana permainannya memuaskan hati saya.

Mempunyai mata berwarna hitam mirip baka Tedung serta kaki kehitaman. Tunggal dijangka akan di bawa turun ke gelanggan dlm masa 2-3 bulan lagi.

Perkembangan Tunggal akan saya kemaskini di dlm post saya akan datang


Ibu Taji Ori

Ibu Taji Ori @ Ibu Uban bersaiz C ini dibeli dari Johor dgn harga RM500. Ibu Uban dari benih bapak kelepet ini dijangka mampu mengeluarkan baka2 yang penikam serta punyai permainan yang baik. Ianya kini sedang mengeram batch pertama dari benih baka Crown.

Bentuk mukanya yang menunjukkan kedegilan terbukti apabila mampu menewaskan beberapa ekor ibu di reban saya. Mempunyai warna kaki hijau kehitaman dgn sisik2 belah rotan.