BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 27 April 2010

M3

M3, Ayam sabung dari benih Aceh ini bersaiz C berusia 1thn 6 bulan dan berat 3.2kg merupakan benih terbaik di reban saya. M3 yang telah menang sebanyak 3 X kini direhatkan kerana gugur bulu. M3 warna benih era 80an sememangnya cukup penikam dan cepat menumbangkan lawan.


M3 yang kini 80% siap bulunya dalam proses cuci untuk dibawa ke gelanggang dlm masa 2-3 bulan akan dtg. Mempunyai corak permainan pantas berserta pukulaN2 besar yg mampu menumbangkan lawan.


pandangan kaki M3

Junior

Junior, anak pertama dari benih The Crown cross ibu rinting. Usia 11 bulan, bersaiz C, berat 3.0kg.
Junior mempunyai corak permainan pukul curi, permainan "Lau" sungguh menakjubkan. Pukulan2 curi yang cukup kuat serta berlari sememangnya memenatkan pihak lawan. hinggakan mati jalan dibuatnya.





Junior yang kini dalam proses persediaan untuk dibawa bertarung (anak muda). Dari corak permainan yang ditunjukkan, Junior mempunyai peluang untuk meraih peluang pertama nya dlm masa terdekat ini.

pandangan kaki junior